M Update, 18/03/2021 – Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata ketetapan baharu itu dibuat selepas mendapat…
M Update, 27/10/2020 – Surat kebenaran yang dikeluarkan majikan itu adalah bagi membolehkan pekerja yang tidak bekerja di rumah melepasi sekatan jalan raya dan pelepasan untuk keluar bekerja. Beliau mengulas terdapat dakwaan terdapat segelintir individu yang telah menggunakan surat kebenaran bekerja daripada majikan untuk keluar bersiar-siar di hujung minggu. –…
M Update, 15/10/2020 – Tiga jalan di Kota Damansara, yang ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibuka semula untuk kemudahan orang ramai mulai hari ini. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengaturan semula pergerakan petugas barisan hadapan untuk tugas sekatan jalan raya (SJR) dan juga…
M Update, 20/5/2020 – Umat Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat sunat hari raya. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.…
M Update, 13/5/2020 – Kerajaan memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, dihadkan kepada hari pertama perayaan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Beliau berkata, prosedur…
M Update, 12/5/2020 – Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah pelanggan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan ia…
M Update, 8/5/2020 – Sama ada kerajaan akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 12 Mei ini masih belum diputuskan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu. “Sebaiknya kita tunggu nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Akta…
M Update, 8/5/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan kes COVID-19 setakat hari ini atau 9 Mei ini, sebelum mengemukakan sebarang percaturan seterusnya bagi menangani wabak itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan penentuan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan…
M Update, 5/5/2020 – Kelantan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas, hari ini. Katanya, premis makanan dibenarkan beroperasi bermula 3 petang sehingga 7 malam sahaja. – HM Online…
M Update, 5/5/2020 – Kepatuhan orang ramai serta disiplin sosial amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut menyeru orang ramai agar mengamal serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di…