Input your search keywords and press Enter.

Tag

Polis Diraja Malaysia

Sijil Vaksinasi Palsu: Mysejahtera Pengguna Disekat

M Update, 20/01/2022- Aplikasi MySejahtera membabitkan lebih 1,000 orang yang pernah mendapatkan perkhidmatan doktor swasta yang terbabit dalam penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu di Marang, sudah disekat. Keterangan beberapa individu yang statusnya MySejahtera dikemas kini sebagai penerima vaksin tetapi tidak menerima suntikan sudah diambil. Hasil siasatan mendapati status sebagai…

Sijil Vaksin Terbang RM500?

M Update, 17/01/2022 – Mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan. Itu antara kegiatan yang dikesan sebuah poliklinik swasta yang dipercayai menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil digital vaksinasi secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu. Kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihak polis lalu menjalankan serbuan…

Lepas Jadi ‘Jenazah’, Kini Khidmat Sosial Pula

M Update, 17/01/2022 – Sebelum ini media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang. Hari ini, mahkamah mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam…

Thaipusam: Tujuh Jalan Di Sekitar Gombak Ditutup

M Udate, 17/01/2021- Tujuh jalan di sekitar Gombak mula ditutup sempena perayaan Thaipusam bermula semalam sehingga Jumaat ini. Antara jalan terlibat ialah persimpangan isyarat Kampung Melayu, Batu Caves; susur dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama kuil. Turut…

Angkara Dadah, Ibu Maut Kepala Dipenggal Anak

M Update, 17/01/2022 – Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang…

Bahana Jual Sijil Vaksin Palsu

M Update, 11/0/2022 – Semalam tular seorang doktor yang berusia 51 tahun ditahan kerana menjadi dalang penjualan sijil vaksinasi palsu. Pihak polis kemudiannya telah menahan enam lagi individu bagi membantu siasatan. Mereka tersebut berusia diantara 35 hingga 57 tahun ditahan di sekitar Marang, Dungun dan kuala Terengganu. Mereka ini dipercayai…

Langgar SOP Rentas Negeri, Kompaun Menanti Individu Tanpa Vaksin

M Update, 11/10/2021 – Polis akan terus mengenakan kompaun kepada individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri bermula hari ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata tiada lagi amaran diberi dan pihaknya akan lebih bertegas termasuk mempertingkat pemantauan…

Pengunjung Kawasan Riadah Diarah Beredar Jika Vaksin Tidak Lengkap – Bukit Aman

M Update, 17/09/2021 – Orang ramai yang mengunjungi kawasan riadah akan diarah untuk beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin, kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff. Beliau berkata polis telah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai bagi…

Tak Patuh SOP, Polis Cadang Tutup Pusat Rekreasi

M Update, 13/09/2021 – Polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff,…

Dikompaun RM4,000 Kerana Anjur Kenduri Majlis Nikah

M Update, 30/07/2021 – Polis mengeluarkan kompaun terhadap lelaki berusia 58 tahun kerana menganjurkan kenduri sempena majlis pernikahan di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki itu dikompaun pasukan pemantau Op Covid, Ibu Pejabat Polis Daerah…