Input your search keywords and press Enter.

Tag

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PM Bangga Pesakit Bantu Pesakit Lain

M Update, 7/4/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga beliau terhadap seorang bekas pesakit COVID-19 yang tampil memainkan peranan membantu mangsa wabak itu selepas dia disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Hari ini saya menerima kunjungan saudara Rosli Dahlan, seorang peguam yang juga Ahli Lembaga Pengarah…

Pakej Prihatin PKS (Tambahan) Diumum Petang Ini

M Update, 6/4/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) pada jam 4 petang ini. Ia langkah sokongan lanjut bagi membantu perniagaan mikro dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi impak penularan COVID-19. Pakej rangsangan khas dirangka selepas beberapa perjumpaan antara Kementerian Kewangan…

Perdana Menteri Terima RM4.6 juta Untuk Tabung COVID-19

M Update, 3/4/2020 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4.6  juta untuk Tabung COVID-19 daripada empat syarikat, menjadikan jumlah terkumpul wang tunai tabung itu sebanyak RM19.52 juta setakat ini.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)  Datuk  Zainal Abidin…

COVID-19: Bekalan Makanan Cukup, Rakyat Jangan Panik

M Update, 17/3/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka, adalah mencukupi. Perdana Menteri turut memaklumkan telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang…

Tabung COVID-19 Dilancar Bantu Mangsa Kuarantin

M Update, 11/3/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melancarkan Tabung COVID-19 dengan dana permulaan RM1 juta, bagi bantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana dikuarantinkan. Perdana Menteri berkata, semua pihak sama ada orang ramai dan syarikat diminta menyumbang kepada tabung berkenaan yang akan diagihkan semula kepada…

Jokowi Ucap Tahniah, Doakan Hubungan Malaysia-Indonesia Diberkati

M Update, 2/3/2020 – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan. Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini mengangkat…

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Perdana Menteri

M Update, 2/3/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini. Beliau memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri.  Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum…

Kes LTTE : ADUN P. Gunasekaren Bebas Tuduhan

M Update, 24/2/2020 – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian…