M Update, 18/01/2021 – Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia yang menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas dan kit berkenaan dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam…
M Update, 13/01/2021 – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan. Majlis “Suntikan Perdana” di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, hari ini. Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul…
M Update, 13/01/2021 – Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID-19, dan pengumuman susulan mengenainya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1…
M Update, 05/01/2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kolej Vokasional Kota Tinggi, hari ini. Muhyiddin tiba di PPS berkenaan jam 12 tengah hari diiringi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, yang juga…
M Update, 05/01/2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menanam pokok Merbau di perkarangan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, bagi memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025. Usai menanam pokok itu, Muhyiddin menyampaikan amanatnya yang turut disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan mengajak…
M Update, 30/12/2020 – Kerjasama sektor awam dan swasta memainkan peranan penting, dalam memperkasakan zon pelaburan pelancongan kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata libat urus antara kerajaan Persekutuan, negeri dan penggiat pelancongan, dapat memastikan lokasi pelancongan tumpuan di sesebuah negeri diperluaskan secara global dan memberikan impak besar kepada ekonomi negara,…
M Update, 28/12/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak COVID-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat. Perdana Menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma…
M Update, 24/12/2020 – 2020 sepatutnya menjadi tahun yang penuh dengan gagasan hebat bagi perjanjian perdagangan serantau. Namun, kemajuan itu sebaliknya terhalang apabila negara-negara dalam lingkungan rantau ini dan dunia bergelut untuk meredakan gelombang cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Virus yang boleh membawa maut itu – mula dikesan di Wuhan,…
M Update, 23/12/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima permohonan mengenai kenaikan gaji dan elaun pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Bagaimanapun katanya, suatu kajian menyeluruh mengenai perkara itu perlu dijalankan bagi memastikan kenaikan itu meliputi semua skim perkhidmatan PDRM.…
M Update, 23/12/2020 – Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri ketika berucap melancarkan dasar berkenaan secara dalam talian, berkata matlamat itu akan dicapai melalui…