Input your search keywords and press Enter.

SUV Perodua Mencatat 2,200 Tempahan.

Perodua Aruz yang dilancarkan pada 15 Januari 2019 merupakan salah satu kenderaan SUV yang terbaik pada masa kini kerana ia sudah menerima 2,200 tempahan sejak dibuka 3 Januari yang lalu.

Perodua Aruz merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) keempat yang dihasilkan oleh Perodua dengan 95% daripada komponennya adalah daripada sumber tempatan. Dengan Perodua Aruz, orang ramai kini boleh menikmati sebuah SUV termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan mewah.

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada semua varian Aruz termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara, manakala varian Advance dilengkapi sistem Bantuan Keselamatan Canggih (ASA) 2.0 yang dinaik taraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki serta peningkatan kelajuan operasi.

Malah, model baharu ini juga menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

SUV itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan disaksikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, masing-masing pada harga RM72,900 dan RM77,900 dengan lima pilihan warna merangkumi Ivory White, Glittering Sliver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu Amazon Green.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply