Input your search keywords and press Enter.

FELCRA Buka Rundingan Bangunkan Semarak 20

Sumber Gambar Facebook Page Ringgit & Sen

Projek pembangunan bercampur yang bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak Kuala Lumpur yang sudah siap 42% bergerak perlahan sejak suku ketiga 2018 berikutan kekurangan dana kumpulan. Pembangunan bercampur itu menempatkan servis apartmen, menara residensi, Menara FELCRA setinggi 35 tingkat dan pusat konvensyen antarabangsa.

Meskipun FELCRA mengkaji pelbagai pilihan termasuk menjual projek tersebut namun, berdasarkan kelembapan pasaran hartanah semasa maka ia bukanlah masa yang sesuai untuk melepaskan aset berkenaan.

Oleh itu, Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Bhd, yang berdepan krisis kewangan, menyatakan hasrat berunding dengan mana-mana pihak yang berminat membangunkan projek hartanah premiumnya, Semarak 20. Selain itu FELCRA memberi ruang kerjasama kepada mana-mana pihak atau sekiranya ada pihak yang berminat untuk membeli (Semarak 20), perbincangan boleh dilakukan dengan FELCRA.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply