Input your search keywords and press Enter.

PETRONAS GAS Untung RM1.81 bilion.

Petronas Gas Bhd mencapai untung bersih sebanyak RM1.81 bilion bagi tahun 2018 berbanding RM1.79 bilion pada tahun sebelumnya. Hasil melonjak 12.3% kepada RM5.49 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah syarikat itu daripada RM4.89 bilion pada tahun 2017.

Hasil tinggi itu disumbang oleh kejayaan operasi tahun penuh terminal pengegasan gas asli cecair (LNG) syarikat di Pengerang, Johor malah ia disokong seterusnya oleh hasil tinggi daripada segmen utility. Petronas Gas berkata peningkatan keuntungan itu disokong oleh hasil tinggi yang dicapai tetapi diimbangi oleh kerugian dalam Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) susulan penyahiktirafan aset cukai tertunda (DTA) dan kos kewangan tinggi.

Petronas Gas berkata, kos kewangan tinggi itu adalah disebabkan oleh pengiktirafan perbelanjaan faedah yang dipermodalkan susulan selesai pembinaan terminal pengegasan LNG di terminal di Pengerang.

Mengenai prospek masa depan, syarikat itu berkata kelulusan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi tarif pengangkutan gas dan perkhidmatan pengegasan bagi 2019 dijangka membawa kesan kepada segmen pengangkutan dan perniagaan pengegasannya tahun ini.

Bagaimanapun, kedua-dua segmen itu dijangka terus memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat. Selain itu, Petronasi juga menjangka segmen pemprosesan gas menyediakan pendapatan yang bertambah baik sejajar dengan caj ganjaran tetap di bawah terma kedua perjanjian pemprosesan gas 20 tahun yang berkuat kuasa dari 2019 sehingga 2023.

Leave a Reply