Input your search keywords and press Enter.

Penangan Lorong Kecemasan

M Update, 2/4/2019 – Gara-gara memandu secara berbahaya di lorong kecemasan, seorang pemandu Toyot Hilux ditahan polis di KM 262 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara.

Penahanan lelaki terbabit dilakukan susulan video berdurasi 33 saat yang tular media sosial menunjukkan pikap berkenaan dipandu secara merbahaya dan terus masuk ke lorong kecemasan.

Kejadian menyebabkan penunggang motosikal datang dari arah belakang hilang kawalan sebelum terjatuh ke bahu jalan ketika mengelak daripada melanggar pikap berkenaan.

Difahamkan kejadian menyebabkan penunggang motosikal berkenaan cedera selain patah jari kaki kiri.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan berkata, hasil siasatan Unit Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman berjaya mengesan pemandu kenderaan berkenaan.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply