Input your search keywords and press Enter.

Bayi Malang Dibuang Ibu

M Update, 22/4/2019 – Polis mengesahkan mayat bayi lelaki yang ditemui di tepi Jalan Rejang 1, Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin, dilahirkan cukup bulan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, proses bedah siasat terhadap mayat terbabit sudah dilaksanakan oleh pihak forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 3 petang, semalam.

Keputusan awal hasil bedah siasat mendapati bayi terbabit dilahirkan cukup bulan. Bagaimanapun, kita tidak dapat tentukan sama ada baru dilahirkan atau sebaliknya. Punca kematian juga masih belum dipastikan dan siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pihak forensik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Azmi berkata, usaha mengenalpasti dan mengesan ibu bayi terbabit sedang dilakukan bagi siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta memaklumkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan mayat bayi yang dibungkus menggunakan kain ditemui wanita ketika mengutip sisa buangan barang berdekatan kontena sampah di lokasi itu, kira-kira 3 petang. – HM Online

Leave a Reply