Input your search keywords and press Enter.

Treler Rempuh 9 Kereta

M Update, 25/4/2019 – Sembilan kenderaan rosak dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur, hari ini. Kemalangan membabitkan treler selepas dikatakan hilang kawalan dan tidak sempat membrek sehingga merempuh beberapa kenderaan lain di lokasi itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi.

Difahamkan, pemandu treler cuba melarikan diri, namun sempat dihalang orang awam yang berada di lokasi. Malah, seorang lelaki dikatakan cedera dan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, maklumat awal mendapati kemalangan membabitkan sembilan kenderaan iaitu tujuh kereta dan masing-masing sebuah treler serta motosikal. Kami masih mengumpul maklumat dan laporan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi. – HM Online

Leave a Reply