Input your search keywords and press Enter.

SOP pengambilan anggota bomba wanita diperbaharui

Foto ; JBPM Kedah

M Update, 13/5/2019 – Prosedur operasi standard (SOP) pengambilan anggota bomba wanita akan diperbaharui bagi memberi peluang lebih ramai golongan ‘hawa’ menyertai pasukan penyelamat itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid, mengkaji semula proses dan ujian fizikal supaya pengambilan golongan itu dapat dipermudahkan.

“Ketika ini, peluang pekerjaan (anggota bomba wanita) dibuka untuk semua tetapi golongan wanita kurang memohon kerana mereka menjangkakan kerja ini tidak sesuai kerana membabitkan banyak tugas-tugas fizikal yang agak kasar seperti panjat bangunan atau memadamkan kebakaran. Sebenarnya, ada banyak lagi tugas-tugas anggota bomba yang memerlukan pembabitan anggota wanita seperti memberi latihan kesedaran dan kaunseling kepada orang awam khususnya suri rumah mengenai program-program pencegahan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama warga JBPM Perak yang turut disertai Pengarahnya, Azmi Osman, di Balai Bomba Meru Raya di sini semalam.

Zuraida berkata ketika ini anggota bomba wanita hanya kira-kira 200 orang daripada keseluruhan 14,000 anggota di seluruh negara dan jumlah itu hanya sekitar lima peratus saja. – BH Online

Leave a Reply