Input your search keywords and press Enter.

Penggubalan Akta Pengguna Kredit Akan Disegerakan: Tun M

M Update, 23/7/2019 – Kerajaan akan menyegerakan penggubalan Akta Pengguna Kredit bagi melindungi kepentingan pengguna, dan menggalakkan pasaran kredit yang sihat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, akta berkenaan penting untuk memastikan pengguna kredit menerima layanan yang adil semasa berurusan dengan pemberi kredit. Tahun ini, secepat mungkin (bentang di Parlimen),” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata akta berkenaan sedang digubal melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta agensi lain yang berkaitan.

Leave a Reply