Input your search keywords and press Enter.

Dr M Dianugerahkan Doktor Kehormat Oleh Universiti Turki

M Update, 26/7/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam oleh Ankara Yildirim Beyazit University.

Dr Mahathir dianugerahkan ijazah kehormat itu oleh rektor universiti berkenaan Prof Dr Ibrahim Aydinli dan Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Yekta Sarac.

Penganugerahan dilakukan pada satu upacara yang diadakan di Majlis Pengajian Tinggi Turki di Ankara. Menurut kenyataan pihak Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Mahathir diberi anugerah itu sebagai penghargaan atas peranan penting beliau dalam kerjasama pelbagai isu antarabangsa dan serantau terutama kerjasama negara Islam serta Kumpulan D8. – BH Online

Leave a Reply