Input your search keywords and press Enter.

Mahu Larikan Diri : OKT Terjun Bangunan Mahkamah

M Update, 22/10/2019 – Seorang suspek kes samun berkumpulan nekad terjun dari bilik reman tingkat tiga Kompleks Mahkamah di sini, semalam dalam cubaan untuk melarikan diri daripada tahanan polis.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suspek yang juga lelaki berusia 30 tahun itu patah peha kanan dan pergelangan tangan selain mengalami keretakan pada rahang kanannya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata suspek dibawa ke bilik reman di tingkat tiga mahkamah itu untuk permohonan lanjut reman bersabit kes samun.

Semasa proses bacaan reman sedang berlangsung, suspek dalam ruang reman Orang Kena Tahan (OKT) lelaki di bahagian tengah, sedang duduk sementara menunggu giliran untuk bacaan permohonan reman. Suspek meloloskan diri dengan cara melucutkan gari dari pergelangan tangannya dengan paksaan dan terus keluar melalui tingkap mahkamah sebelum melarikan diri ke arah hujung bangunan dan terus terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, suspek kemudian berjaya ditangkap anggota pengiring di tingkat bawah mahkamah dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan memudahkan atau membolehkan apa-apa perbuatan keganasan,” katanya.

Leave a Reply