Input your search keywords and press Enter.

Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir Tidak Kritikal

M Update, 18/11/2019 – Kesihatan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir tidak kritikal seperti mana yang tular di media sosial, sebaliknya beliau sudah stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung AMANAH yang kini memangku tugas Setiausaha Agung, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, khabar angin kononnya Mohd Anuar kini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

Beliau menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan sepanjang rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali gus menggambarkan tahap kesihatan yang memuaskan.. Beliau juga sudah mula menjalani rawatan fisioterapi.

Doktor yang bertugas merawat beliau turut mengesahkan bahawa tiada pembedahan yang akan dijalankan sebagaimana berita yang tular di media sosial.

Mohd Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman, HKL, sejak bulan lalu akibat strok.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply