Input your search keywords and press Enter.

Ward Nyaris Hilang Penglihatan Pada Mata Kiri Ketika Perlawanan Dengan Malaysia

Bintang hoki Great Britain, Sam Ward terpaksa ‘menggantung kayu’ selepas kecederaan teruk yang dialaminya ketika berdepan Malaysia, awal bulan ini meragut penglihatan mata kirinya.

M Update, 26/11/2019 – Bintang hoki Great Britain, Sam Ward terpaksa ‘menggantung kayu’ selepas kecederaan teruk yang dialaminya ketika berdepan Malaysia, awal bulan ini meragut penglihatan mata kirinya.

Pemain berusia 28 tahun dari England itu terkena bola pada bahagian muka ketika cuba mengelak pukulan deras rakan sepasukan Harry Martin sewaktu aksi kedua kelayakan Sukan Olimpik pada 3 November lalu.

Ward meledak dua gol dalam perlawanan berkenaan sebelum terlepas sebahagian besar aksi kerana dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan, susulan kecederaan pada bahagian mata dan keretakan pada tengkorak kepalanya.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya baru-baru ini, dia menulis: “Wajah baharu saya. Tidak mampu mengucapkan terima kasih kepada Royal London Hospital dan bagaimana bagusnya perkhidmatan NHS. Sekarang hanya tunggu pemulihan penglihatan.”

Ward kali pertama mewakili Great Britain dan England ketika di bawah kendalian Bob Crutchley pada 2014 selepas persembahan hebatnya untuk Kelab Beeston.

Dia kemudiannya mula menggegar arena antarabangsa dengan meledak 72 gol dalam 126 penampilan untuk negaranya.

Leave a Reply