Input your search keywords and press Enter.

COVID19: Dua Lagi Sekolah Di Terengganu Ditutup

M Update, 5/10/2020 – Dua lagi sekolah di daerah Kuala Nerus ditutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober depan.

Arahan itu dibuat susulan beberapa murid dikatakan mempunyai kontak rapat dengan seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu.

Penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir itu adalah berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Difahamkan hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ni. Penutupan sementara sekolah yang terbabit juga dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) – Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Salim Ab Ghani

Beberapa kenderaan milik JKNT juga didapati memasuki pekarangan sekolah dan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan kerja-kerja saringan.