M Update, 13/2/2019 – Siapa Sangka Masalah Berat Badan Isteri Berpunca Dari Stress Kronik kan?
Seperti kebiasaan yang kita dengar, perkara yang berlaku sebelum kahwin pasti akan berubah dan berbeza apabila selepas berumah tangga. Tak kisahlah dari segi mental atau fizikal seseorang itu.
Antara yang sering kita dengar ialah perubahan fizikal pasangan selepas berkahwin. Ramai yang beranggapan bahawa perubahan tersebut berlaku berikutan masing-masing sibuk dengan urusan rumah tangga hingga tidak ada masa untuk menjaga diri.
Tetapi, siapa sangka sebenarnya masalah berat badan terutamanya boleh berlaku disebabkan stress kronik yang dialami.
Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stress yang kronik
Sebab stress yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang ( Imbalanced hormone )
Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.
Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.
Makin stress jadi makin montel !
Bila isteri kita mengalami stress yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.
Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti ;
- Kesukaran untuk tidur
- Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas
- Kulit kering dan kusam
- Senang berpeluh
- Tekanan darah tak stabil
- Selera makan naik atau kurang tanpa sebab
- Rasa resah & bimbang ( anxiety )
- Selalu rasa terlalu letih
- Sakit kepala
- Kemurungan ( depression )
- Ada bonjol di leher tiba-tiba
Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.
Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stress yang paling berkesan buat wanita.
Sumber : Siakap Keli, Mohd Fhais