Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2019

CINTA NEGARA ASAS PERPADUAN

Islam sangat menggalakkan umatnya saling bersatu padu, bekerjasama, saling memahami dan hormat-menghormati bukan sahaja dalam kalangan saudara se-Islam sendiri, malah juga sesama masyarakat bukan Islam terutamanya untuk memajukan negara dalam semua bidang demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara Malaysia. Tanpa kerjasama, toleransi dan saling bersatu padu antara kaum, negara kita…

Rumah panjang terbakar

M-Update,16/4/2019, BELAGA, — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu mengesahkan seramai 407 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka di Uma Bawang, Sungai Koyan, di Skim Penempatan Semula Sungai Asap musnah dalam kebakaran petang semalam. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, kesemua mangsa itu adalah…

Teknologi 5G manfaatkan sektor pembuatan negara

M-Update,16/4/2019, CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin pelaksa­naan kemudahan teknologi 5G yang menawarkan kelajuan data lebih pantas akan memberi manfaat besar kepada sektor pembuatan negara. Timbalan Menterinya, Dr. Ong Kian Ming berkata, ia turut disokong pelaksanaan program Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang bakal melihat pembangunan pesat…

Lesen sampan nelayan boleh diwarisi jika penuhi syarat – Salahuddin

M-Update,16/4/2019, KUANTAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) sedia mempertimbangkan pewarisan lesen sampan dimiliki nelayan kepada anak mereka. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata perkara itu antara perkara diberi perhatian memandangkan sebelum ini permohonan dikemukakan ahli keluarga…

Indikator ‘K’: Kementerian Luar Panggil Duta AS

M-Update,16/4/2019, KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di sini dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan mengenai keputusan kerajaan negara itu meletakkan Malaysia dalam Indikator ‘K’ berhubung nasihat perjalanan dikeluarkannya pada 9 April. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana keputusan Washington itu dikhuatiri memberi pelbagai…

GIATMARA raih pingat emas, perak dalam GSC 2019

M-Update,16/4/2019, SEPANG: Kontinjen Malaysia meraih tiga pingat termasuk satu emas dalam Global Skill Championship 2019 (GSC2019) yang berlangsung di Melbourne, Australia, sejak 9 April lalu. Pingat emas dan perak berjaya diraih oleh peserta dari GIATMARA iaitu Amir Syazwan Saridan bagi kategori pemasangan elektrik dan Hanafi Osman bagi kategori teknologi fesyen…

Iran Sedia Dana RM8 Bilion Bantu Mangsa Banjir

M Update, 15/04/2019 –  Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan sudah meluluskan peruntukan sehingga AS$2 bilion (RM8.2 bilion) dari dana pelaburan negara, bagi membiayai pemberian bantuan dan pelan pembangunan semula susulan kejadian banjir, baru-baru ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Abdolreza Rahmani Fazli, berkata hujan lebat yang melanda seluruh negara…

Padah Tanggal Tudung Wanita Dipenjara Setahun

M Update, 15/04/2019 –  Seorang wanita Iran yang menanggalkan tudung dalam satu bantahan umum dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi diampunkan pemimpin agung negara itu, kata peguamnya. Payam Derefshan memberitahu, hukuman dijatuhkan ke atas Vida Movahed Mac lalu selepas mendapati beliau bersalah menggalakkan ‘rasuah’ awam. Movahed ditahan November lalu. Derefshan, yang…

3 Polis & 5 OKT Cedera Terlibat Kemalangan

M Update, 15/4/2019 – Sebuah trak dan kereta peronda polis (MPV)telah terlibat dalam kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2, berhampiran Pejabat Daerah Seremban hari ini. Dalam kejadian itu, tiga anggota polis parah manakala lima orang kena tuduh (OKT) cedera. Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, OKT dibawa…