Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2019

Anak Syurga Ibu Ayah

M Update, 26/4/2019 – Kehadiran anak sindrom down dalam keluarga bukan saja mengubah hidupnya dan keluarga, bahkan ia menjadikan dirinya kuat dan cekal, begitulah luahan seorang ibu. Mengimbas semula sebelas tahun lalu, Sarina Sulong, 35 sangat teruja menanti kelahiran cahaya mata keduanya yang juga pasangan kembar dan bersyukur kandungannya tidak…

Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ dasar baharu negara – Mujahid

M-Update,26/4/2019, KOTA BHARU,– Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ akan menjadi dasar baharu negara dalam usaha kerajaan membentuk citra baharu Malaysia pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata kertas cadangan yang berteraskan konsep Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia telah…

SPAN Nafi Kenaikan Tarif Air

M Update, 26/4/2019 – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tarif air akan melebihi RM10 hingga RM15 seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina. Pengerusinya Charles Santiago berkata, ketika sesi wawancara dengan akhbar, beliau tidak menyebut sebarang peratusan atau harga kenaikan sebaliknya hanya berkongsikan maklumat…

Rezeki Guru

M Update, 26/4/2019 – Seorang guru Sekolah Kebangsaan Teluk Wang dipilih sebagai pemenang utama e-Peraduan yang membawa pulang sebuah Ford Ranger 2.2L XLT, diumumkan pada hari terakhir Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, semalam. Hadiah disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad kepada…

FGV nafi rancang buang 6,000 pekerja

M-Update,26/4/2019, KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. menafikan laporan berita hari ini yang menyatakan syarikat perladangan itu mahu mengurangkan 6,000 pekerja dalam tempoh tiga tahun sebagai langkah untuk mengurangkan kos, di samping mengoptimumkan aset di bawah pelan pemulihan menyeluruhnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan menjelaskan kumpulan itu tidak…

Majlis Dasar Inovasi Malaysia untuk pacu pertumbuhan teknologi

M-Update,26/4/2019, KUALA LUMPUR: Majlis Dasar Inovasi Malaysia (MIPC) yang ditubuhkan September lalu akan menjadi platform untuk sektor swasta mengesyorkan inisiatif teknologi digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata MIPC akan dipengerusikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan disertai pakar industri, pakar inovasi berpengalaman dan pemula niaga, rakan…

PIBG Sekolah Basuh Kereta Cikgu sempena Hari Guru

M Update, 26/4/2019 – Guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, dekat sini, dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan 15 ibu bapa seawal pukul 8 pagi dengan masing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelap untuk memberi kejutan sebagai menghargai jasa guru di sekolah berkenaan semalam. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)…

Tiga MOU Dimeterai Antara Malaysia Dan China

M Update, 26/4/2019 – Malaysia dan China semalam memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU), termasuk persetujuan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu menambah pembelian minyak sawit dalam tempoh lima tahun akan datang. Perjanjian membabitkan peningkatan perdagangan minyak sawit dan kerjasama dalam pembangunan taman perindustrian, infrastruktur, hab logistik dan pembangunan berasaskan transit…

Perancis Pertahan Hak Navigasi Di Selat Taiwan

M Update, 26/04/2019 –  Perancis hari ini menegaskan komitmennya terhadap kebebasan navigasi di bawah undang-undang maritim susulan pertikaian dengan China selepas sebuah kapal perang Perancis melalui Selat Taiwan awal bulan ini. “Tentera laut Perancis melalui Selat Taiwan kira-kira sekali setahun, tanpa sebarang insiden ataupun tindak balas,” kata seorang pembantu kepada…