Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

Ajal Kereta Bertembung Treler

M Update, 24/5/2019 – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler di Kilometer 35, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, di Tampin, semalam. Pada kejadian 4 petang, mangsa, Muhammad Hairul Idham Rasid, 21, maut di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan. Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu…

KKM Sahkan 12 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

M Update, 24/5/2019 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan 12 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Produk-produk itu antaranya 3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream, 5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream dan 7th Series Yanko Whitening Cream Night Cream yang dikesan mengandungi tretinoin. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk…

Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Oxford susulan kecaman

M Update, 24/05/2019 –  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford Britain susulan kecaman global diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John susulan cadangan hukuman mati terhadap pesalah seks gay dan zina. Sehingga April lalu, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen menggesa Universiti Oxford menarik…

Mohamad Sabu : Golongan Muda Jangan Angkat Senjata

M Update, 24/5/2019 – Golongan muda diingatkan tidak sesekali mengangkat senjata jika tidak bersetuju dengan mana-mana pihak termasuk pemerintah. Golongan muda jangan sesekali terbabit dalam perjuangan seperti ISIS…jika mahu jadi pembangkang, nak lawan atau nak demokrasi, boleh dilakukan tetapi jangan angkat senjata. “Kita boleh buat ceramah, hantar memorandum atau tunjuk…

PTPTN : Rakyat Diajak Curah Idea Tambah Baik

M Update, 24/5/2019 – Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing-masing secara dalam talian menerusi saluran khas ‘Kertas Konsultasi Rakyat’ bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saluran khas ‘Kertas Konsultasi Rakyat’ berkenaan mengandungi maklumat penting PTPTN, 10 idea penambahbaikan PTPTN, selain…

Peniaga Dalam Talian Dinasihat Tidak Jual Aksesori Polis Secara Terbuka

M Update, 24/5/2019 – Peniaga dalam talian dinasihatkan untuk tidak menjual sebarang kelengkapan dan peralatan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara terbuka kerana dikhuatiri boleh mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran. Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya…

Membanggakan! Pelajar Malaysia Raih ‘4 Flat’ Di Universiti Arizona State

M Update, 24/5/2019 – Kecemerlangan pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid, 23, yang memperoleh keputusan CGPA 4.0 di Arizona State Universiti (ASU), Arizona, Amerika Syarikat dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian), benar-benar membanggakan negara. Maryam Balqis yang merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang berjaya mengekalkan keputusan cemerlang…

Korban rusuhan pasca pilihan raya Indonesia kini 8, lebih 700 cedera

M Update, 24/04/2019 – Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam tempoh dua hari rusuhan pasca pilihan raya di tengah ibu kota Indonesia di sini, sementara ratusan lain memerlukan rawatan, kata pentadbiran bandar ini semalam. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mendedahkan angka maut terbaharu itu ketika melawat pusat rusuhan pagi semalam selepas keganasan reda.…

Pergi Eropah Lobi Produk Sawit

Kementerian Industri Utama malaysia akan mengadakan kunjungan ke beberapa negara Eropah bermula Oktober 2019 untuk meneruskan usaha dalam melobi penggunaan produk komoditi tempatan iaitu kelapa sawit. Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kunjungan tersebut adalah untuk penemuan antara pihak kementerian dengan ahli Perlimen, anggota Suruhanjaya Eropah dan Menteri Lebinet yang…

Untung bersih MBM Resources bagi suku pertama meningkat kepada RM49.7 juta

Keuntungan bersih bagi suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2019 untuk MBM Resources Bhd daripada RM31.82 juta meningkat kepada RM49.66 juta dan sebahagian besar keuntungan tersebut dipacu oleh jualan kenderaan Perodua. ‘ Mengecualikan keuntungan RM11.9 juta daripada jualan hartanah, keuntungan sebelum cukai (PBT) perniagaan motornya meningkat RM0.3 juta tahun ke…