Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2019

Suspek Jerut Kucing Ditahan

M Update, 13/6/2019 – Lelaki disyaki membunuh kucing dengan menjerut haiwan itu di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin, ditahan polis, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Vistawira, Seksyen 2 Wangsa Maju, 1.10 tengah hari.…

Sebar Kandungan Lucah di Internet : MCMC Akan Ambil Tindakan

M Update, 13/6/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar atau berkongsi kandungan berunsur lucah di internet. Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang melanggar undang-undang itu boleh…

PROTON bentuk usaha sama dengan Altel

Proton Edar Sdn Bhd yang merupakan pengedar kereta dan aksesori PROTON Holdings Bhd membentuk usaha sama baharu dengan salah satu firma China, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd. Pembentukan tersebut akan memberi manfaat kepada syarikat itu terutamanya dalam bidang teknologi digital dan sistem sambungan kerana kini…

Syazlin Terus Wakili Keluarga Arwah Adib

M Update, Peguam, Syazlin Mansor bertekad akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner yang bakal bersambung semula, pada 26 Jun ini. Syazlin menjelaskan, keputusan berkenaan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga arwah, khususnya bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid yang…

Pelari jarak jauh AS meninggal dunia akibat kanser

M Update, 13/06/2019 –  Pelari jarak jauh Amerika Syarikat (AS), Gabriele Grunewald yang menjadi sumber inspirasi untuk ribuan peminat selepas meneruskan perjuangan walaupun sekian lama bertarung penyakit kanser meninggal dunia pada usia 32 tahun. Kematian Grunewald disahkan suaminya, Justin menerusi hantaran di Instagram pada Selasa lalu, dua hari selepas mendedahkan…

Perancis perkenal insentif kerja melebihi umur bersara

M Update, 13/06/2019 – Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe hari ini berkata, kerajaan akan mewujudkan insentif kepada rakyatnya yang bekerja lebih lama selepas umur minimum persaraan 62 tahun. “Sebagai presiden berkata, kita mesti bekerja lebih lama,” kata Philippe yang memberitahu ahli Parlimen semasa ucapan yang menggariskan dasar masa depan kerajaan…

Agong Mahu Rakyat Malaysia Di Luar Negara Lakar Kejayaan

M Update, 13/6/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga dan mengharumkan nama negara, termasuk dengan melakar kejayaan di bidang masing-masing. Sultan Abdullah yang memulakan lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, bertitah setiap rakyat Malaysia…

Banduan serah diri lepas 5 jam tahan tebusan

M Update, 12/06/2019 – Seorang banduan menggunakan senjata buatan sendiri menjadikan dua pengawal sebagai tebusan di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di barat laut Perancis sebelum membebaskan mereka lima jam kemudian tanpa sebarang kecederaan, kata pihak berkuasa. Unit taktikal polis tiba dengan menaiki helikopter ketika tebusan masih dalam tahanan di Pusat…