Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2019

Agong, Permaisuri Berangkat Tiba Di Tokyo

M Update, 22/10/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Tokyo semalam, bagi menyaksikan Upacara Pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito yang dijadualkan hari ini. Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di sebuah hotel di sini…

Tahniah! Azizulhasni Peroleh Emas Di Korea

M Update, 21/10/2019 – Selepas terlepas pingat emas dalam acara keirin pada Jumaat lalu kepada pelumba Jepun, Yuta Wakimoto, jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya membalas dendam sekali gus membuktikan kehebatannya sebagai jaguh pecut Asia apabila merangkul pingat emas pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40 sebentar tadi. Dalam…

Bunuh Gajah : Pengawal Keselamatan Ditahan

M Update, 21/10/2019 – Seorang pengawal keselamatan ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes gajah Pygmy Borneo ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Beluran, beberapa hari lalu. Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah kawasan sebuah ladang kira-kira 11.30 malam. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata,…

Sepasukan Ahli Arkeologi Mesir Menemui 30 Keranda Berusia 3,000 Tahun

M Update, 21/10/2019 – Sepasukan ahli arkeologi Mesir menemui 30 keranda kayu kuno yang menempatkan mumia di Kota Luxor, Mesir. Ia sekali gus menjadikan penemuan itu yang terbesar dalam lebih dari satu abad. Menurut Reuters pada Ahad, Kementerian Antikuiti Mesir berkata, keranda kayu kuno berkenaan ditemui di tempat bersembunyi di tanah perkuburan…

Kerajaan Kaji Semula Akta Berkaitan Cubaan Bunuh Diri

M Update, 21/10/2019 – Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda undang-undang sedia ada yang mengkategorikan cubaan membunuh diri adalah kesalahan jenayah, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ia susulan saranan supaya cubaan membunuh diri tidak dikategorikan sebagai perbuatan jenayah dengan mengeluarkan kesalahan itu daripada Kanun Keseksaan. Sambil menyatakan jumlah…

Barang Dicuri : Pemilik Nekad Tutup Muzium

M Update, 21/10/2019 – Koleksi barangan antik yang kerap hilang punca pemilik muzium persendirian Rumahku Muziumku di Kampung Padang Temu di sini, terpaksa menutup operasinya. Pemiliknya, Nordin Ali, 81, berkata, dia sedih dan kecewa apabila ada segelintir pengunjung sengaja membawa keluar barang antik tanpa pengetahuan dan kebenarannya. Dia turut kesal…

Perak Tengah Pula Dilanda Banjir

M Update, 21/10/2019 – Hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai menyebabkan daerah Perak Tengah dilanda banjir, semalam. Susulan itu, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang dibuka malam tadi bagi menempatkan 41 penduduk yang terjejas. Ini menjadikan dua daerah di Perak dilanda banjir termasuk Hilir…

KPM : Pemansuhan Aliran Sastera Dan Sains Akan Diumumkan Kemudian

M Update, 21/10/2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak terburu-buru berhubung pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar Tingkatan Empat sebaliknya sedang meneliti segenap aspek termasuk libat urus dan penggajian. Menjelaskan perkara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengumumkan berkenaan pemansuhan itu apabila tiba masanya. “Kita (KPM)…

Bukit Aman : Ramasamy Beri Keterangan Hari Ini

M Update, 21/10/2019 – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit…