Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

November 2019

Jenazah Penuntut Malaysia Dikebumi Di Maghribi

M Update, 25/11/2019 – Jenazah penuntut Malaysia, Mohd Hafizuddin Hazrul, 20, yang meninggal dunia akibat menghidap leukemia di Rabat, Maghribi akan dikebumikan di sana. Bapanya, Hazrul Abdullah, 50, berkata, selepas perbincangan bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), dia bersama isteri, Noor Bahayah Dullah, 45, setuju untuk mengebumikan anak…

Sanggup Menyamar Jadi Juruterbang Kerana Ingin Menaiki Penerbangan Percuma

M Update, 22/11/2019 – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang semata-mata ingin menaiki penerbangan secara percuma. News.com.au yang memetik The Sun melaporkan, lelaki terbabit mendakwa dia adalah juruterbang bagi syarikat penerbangan Lufthansa namun dikesan cuba menaiki pesawat AirAsia di India. Perbuatan itu terbongkar apabila…

Bela Anak Ayam Alih Ketagihan Gajet

M Update, 22/11/2019 – Kira-kira 2,000 anak ayam akan diedarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Bandung untuk dijadikan haiwan peliharaan sebagai usaha mengalihkan perhatian mereka dari bermain gajet. Anak ayam berusia empat hari akan diedarkan kepada pelajar secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu ini. Projek itu sebahagian daripada…

Safawi Rasid Penuhi Impian Kanak-Kanak Yatim Piatu

M Update, 22/11/2019 – Hasrat seorang kanak-kanak yatim piatu yang ingin bertemu penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid pada hari terakhirnya dirawat di Hospital Dungun, di sini akhirnya tercapai. Muhammad Danish Irfan, 11, bersama enam lagi adik-beradiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Norhapisah Idris, 34, dan…

Tiada Ikat Jamin Kekang Tahanan SOSMA Lancar ‘Serangan’

M Update, 22/11/2019 – Tiada ikat jamin ditawarkan terhadap tahanan berkaitan keganasan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengekang mereka melancarkan ‘serangan’ jika dibebaskan. Perkara itu dijelaskan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dengan menyatakan…

Maut Dalam ‘Kari Panas’

M Update, 22/11/2019 – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas di Telangana, India pada Ahad lalu. Daily Mail yang memetik New Indian Express melaporkan, kejadian di daerah Ranga Reddy berlaku apabila mangsa, Suresh dikatakan leka bermain di tempat…

KDN : Tiada Had Masa Mansuh Akta Hasutan

M Update, 22/11/2019 – Kerajaan tidak akan terburu-buru menghapuskan Akta Hasutan 1948 kerana peruntukannya mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan 11 perundangan lain. Langkah pemansuhan akta yang sering disifatkan sebagai ‘drakonian’ atau zalim, khususnya dalam kalangan pejuang hak asasi manusia itu hanya akan dilaksanakan selepas peruntukan perundangan bagi melindungi Raja,…

Malaysia Perlu Memohon Maaf Kepada Indonesia!

M Update, 21/11/2019 – Kementerian Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia akan meminta penjelasan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung tindakan penyokong Malaysia yang mengancam serta melakukan provokasi terhadap penyokong Indonesia ketika berakhirnya perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional…

Semua Pihak Perlu Mainkan Peranan Sediakan Peluang Pekerjaan

M Update, 21/11/2019 – Semua pihak perlu memainkan peranan proaktif dalam menghadapi cabaran akibat pengangguran kerana ia memberikan kesan kepada masyarakat jika dibiarkan. Insentif pengambilan pekerja yang dibangunkan oleh kerajaan menerusi program Malaysia @ Work adalah persiapan negara dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bakat sedia ada dan generasi akan datang.…