M Update, 14/1/2020 – Satu saluran mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut di sini mula dibuka 8 pagi ini bagi membolehkan sembilan pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam sehingga 12 tengah hari.…
M Update, 14/1/2020 – Malaysia kini berada di tangga ke-16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Beliau berkata laporan GPI itu turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Singapura. “Laporan GPI ini…
M Update, 14/1/2020 – Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Beliau berkata tahun ini pihaknya akan lebih…
M Update, 13/1/2020 – Orang ramai yang sukar mendapatkan vaksin virus Influenza di hospital dan klinik swasta negeri ini dinasihatkan datang ke klinik dan hospital kerajaan. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, pemberian vaksin itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan doktor kerajaan biarpun mempunyai stok mencukupi. Menurutnya, dia sedia maklum berhubung…
M Update, 13/1/2020 – Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam. Ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, hanya mengalami demam biasa. “Awalnya saya bawa ke klinik…
M Update, 13/1/2020 – Lelaki berusia 78 tahun kerugian lebih RM200,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa dia terbabit dalam kes pemalsuan kad kredit di Sabah. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan wang sebanyak RM265,368 selepas mengemaskini dua akaun banknya…
M Update, 13/1/2020 – Seramai 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditugaskan membantu memadam kebakaran hutan di Australia dijangka bertolak ke negara itu pada Rabu ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kesemua anggota berkenaan bersama 20 lagi individu daripada agensi kerajaan yang lain akan…
M Update, 13/1/2020 – Dua maut, termasuk seorang militan dan 11 lagi anggota sukarelawan cedera dalam insiden berbalas tembakan di Rom Sai, Daerah Sukhirin, Narathiwat, selatan Thailand semalam. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari (waktu tempatan) hari ini, Pos Kawalan Mukim Rom Sai telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai anggota…
M Update, 13/1/2020 – Virus influenza disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana mudah merebak melalui batuk dan bersin serta boleh membawa maut jika jangkitan merebak ke paru-paru ekoran kesukaran untuk bernafas. Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, ini kerana jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang individu menyedut udara tercemar dengan…
M Update, Pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia, Kento Momota cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), di sini, jam 4.57 pagi tadi. Ketika kejadian, Momota yang baru memenangi Masters Malaysia semalam, menaiki van terbabit bersama dua lagi pemain badminton…