Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2020

Kaji Semula Kasut Hitam, KPM Dapatkan Pandangan Sekolah

M Update, 15/1/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam di semua sekolah. Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd Jamil Mohamed menerusi satu surat pekeliling berkata, kajian itu perlu diselesaikan sebelum atau pada Rabu depan bagi melihat keberkesanan…

KPM : Tiada Halangan Sambutan Ponggal Di Sekolah

M Update, 15/1/2020 – Surat dikeluarkan Kementerian Pendidikan berhubung perayaan Ponggal di sekolah bertujuan mengurangkan kebimbangan ibu bapa murid beragama Islam dengan pembabitan anak mereka, bukan menghalang perayaan itu diadakan di sekolah. Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkenaan memaklumkan, ia menyedari bahawa sekolah adalah tempat memupuk perpaduan dalam kalangan…

Serai Bakal Ganti Straw Plastik?

Gambar Hiasan M Update, 15/1/2020 – Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu. Beliau berkata,…

Perpaduan Kian Rapuh Akibat Percaya Berita Sensasi Di Media Sosial

M Update, 15/1/2020 – Sikap sesetengah individu yang lebih suka membaca dan mempercayai berita berbentuk sensasi di laman sosial tanpa memastikan kesahihan dan kebenarannya, menjadi antara punca perpaduan antara kaum di negara ini kian rapuh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy berkata,…

Keputusan STAM Diumumkan 22 Januari Ini

M Update, 15/1/2020 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 akan dikeluarkan pada 22 Januari hadapan. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam berkata, seramai 9,826 calon mendaftar dan menduduki peperiksaan itu pada 2019 di 234 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja. Daripada jumlah itu, calon sekolah kerajaan, bantuan…

Kento Momota Keluar Hospital

M Update, 15/1/2020 – Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai sudah keluar Hospital Putrajaya, malam tadi. Media yang mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita mengenai Momota yang akan pulang ke…

Jaga-Jaga Mat Rempit

M Update, 14/1/2020 – Polis akan melaksanakan operasi secara besar-besaran bagi menggempur aktiviti kumpulan mat rempit dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sering menerima aduan orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan kumpulan itu terutama pada larut malam. “Sempena…

e-Tunai Rakyat : Boleh Mohon RM30 Mulai Esok

M Update, 14/1/2020 – Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi esok. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan…

Pelajar Lelaki Maut Lepas Rentas Desa

M Update, 14/1/2020 – Pelajar lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar, semalam. Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sebelum kejadian, pelajar…