Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2020

Pesara Didenda RM5,000 Sebar Berita Palsu Covid-19

M Update, 12/2/2020 – Seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah hari ini didenda RM5,000 atau berhadapan 10 bulan penjara jika gagal berbuat demikian bagi kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19. Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu kepada Aliuudin Amit, 67, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar mengedarkan…

PM Lancar Yayasan Antirasuah (PIACCF), Dana Untuk Penguat Kuasa Rasuah

M Update, 12/2/2020 – Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF) dilancarkan di sini malam tadi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. PIACCF akan bertanggungjawab untuk Dana Juara Antirasuah Antarabangsa dan melengkapi aspirasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Rasuah (UNCAC).  Dr Mahathir berkata dana itu penting kerana ia bertindak sebagai sistem sokongan…

KKM Belum Bercadang Lanjutkan Tempoh Inkubasi

M Update, 12/2/2020 – Kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh inkubasi daripada 14 kepada 24 hari terhadap pesakit positif jangkitan covid-19 seperti yang diperoleh dalam data penyelidikan di China. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata menurut pakar di negara ini, pertambahan tempoh inkubasi itu akan memberi pelbagai implikasi kepada…

mySalam : M40 Boleh Mohon Sebelum 31 Mac

M Update, 12/2/2020 – Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula semalam hingga 31 Mac depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada…

Panglima Angkatan Tentera Thailand Mohon Maaf

M Update, 11/02/2020 – Panglima Angkatan Tentera Thailand memohon maaf kepada 29 keluarga kepada mangsa maut susulan insiden tembakan rambang dilakukan anggotanya di pusat beli-belah Terminal 21, di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand, Sabtu lalu. Jeneral Apirat Kongsompong turut menitiskan air mata ketika menceritakan semula kejadian turut mencederakan…

‘Pelamin Anganku Musnah’ Ditipu Lebih RM400,000

M Update, 11/2/2020 – Impian seorang pengurus jualan dan kewangan sebuah syarikat swasta di sini mencari jodoh secara dalam talian, bukan saja tidak kesampaian, malah membuatkan dia kerugian lebih RM420,000 akibat ditipu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata lelaki berusia 22 tahun berasal dari Gurun…

Pemandu Lori Mabuk Dihukum Denda Maksimum RM6,000

M Update, 11/2/2020 – Seorang pemandu lori didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol Januari lalu. Majistret Azizah Ahmad membuat keputusan itu selepas S Subasangkara, 26 dari Rawang, Selangor mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Halimatun Saadiah Abdullah.…