M Update, 3/4/2020 – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan rel miliknya, bermula esok, hingga tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir pada 14 April depan. Keputusan itu dibuat berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan semua penerbangan digantung, sekali gus tiada pengguna yang menggunakan…
M Update, 3/4/2020 – Dana bantuan secara one-off bernilai RM21 juta akan diberikan kepada pusat tahfiz swasta, sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib, termasuk tenaga pengajarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan diagih bagi meringankan beban mereka terjejas…
M Update, 3/4/2020 – Awas! Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat, kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak fasa dua bermula pada Rabu hingga 14 April ini. Ini kata dua, yang dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, setelah didapati masih ramai yang keluar…
M Update, 2/4/2020 – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kebenaran operasi bazar Ramadan. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan dipertimbangkan mesyuarat selepas mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan. Katanya, pada masa ini keputusan kerajaan negeri dan…
M Update, 2/4/2020 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan bazar Ramadan tidak sesuai diadakan di Johor susulan penularan wabak Covid-19 ketika ini. Sultan Ibrahim menerusi akaun rasmi Facebook baginda bertitah, ini adalah disebabkan risiko berlaku kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara…
M Update, 2/4/2020 – Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend tag’, tidak pernah mendakwa ia boleh menghalang penularan COVID-19, mahupun mendakwa ia sebagai alat bagi menghalang jangkitan virus penyakit itu. Dalam satu kenyataan malam ini, Antah Pharma berkata beberapa laporan di media sosial yang mendakwa produk…
M Update, 1/4/2020 – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja baginda selama enam bulan bagi disalurkan kepada Tabung Covid-19 Pahang. Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, bayaran elaun itu…
M Update, 1/4/2020 – Suspek kes bunuh seorang lelaki dan rogol ibu tunggal di Kampung Mujur, Jelawat, kelmarin ditahan reman seminggu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 19 tahun bermula hari ini sehingga Selasa depan. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintedan, Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek selama…
M Update, 1/4/2020- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakan dipukul dan dicederakan oleh anggota pasukan keselamatan itu, ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membendung wabak COVID-19. Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang menegaskan, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita…
M Update, 1/4/2020 – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menegur tindakan segelintir peniaga yang menjual cecair pembasmi kuman yang dibaca ayat ‘Ruqyah’ pada harga tinggi, didakwa untuk menghalang jangkitan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata peniaga diminta tidak menyalahgunakan ayat al-Quran seperti itu…