M Update, 14/4/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperluaskan di kawasan sekitar Masjid India, di sini mulai hari ini sehingga 28 April, menjadikannya PKPD kelima setakat ini. Mengumumkannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguatkuasaan PKPD itu termasuk di Jalan Mushi Abdullah, Jalan Tun Perak, Jalan…
M Update, 14/4/2020 – Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak dengan kekerapan sekali seminggu dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu, minggu ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Malaysia Airlines akan memastikan penerbangan itu dihubungkan oleh MASWings bagi laluan…
M Update, 14/4/2020 – Pengguna disaran menyemak dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum membeli produk cecair pembasmi kuman, terutama secara dalam talian, bagi memastikan produk itu mampu melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…
M Update, 14/4/2020 – Seorang perunding sebuah hospital di sini hilang RM63,465 daripada akaun simpanannya selepas berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM), menurut polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 60 tahun itu mendakwa…
M Update, 14/4/2020 – Bengkel dan pusat alat ganti kenderaan adalah antara sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), memaklumkan operasi penyelenggaraan dan perkhidmatan kenderaan dalam negara adalah termasuk dalam perkhidmatan selepas jualan. Perkhidmatan selepas jualan yang dibenarkan beroperasi juga…
M Update, 13/4/2020 – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini pada 6 April lepas didapati positif Covid-19. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua 12…
M Update, 13/4/2020 – Kerajaan hari ini memutuskan tiada bazar Ramadan dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini. Keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan…
M Update, 13/4/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira…
M Update, 13/4/2020 – Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan diluluskan, tetapi masih belum menerima bantuan disaran untuk mengemaskini maklumat akaun bank yang masih aktif. LHDN dalam satu kenyataannya berkata, kemaskini maklumat akaun bank penerima boleh dilakukan melalui aplikasi e-kemaskini…
M Update, 13/4/2020 – Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan dilepaskan rakannya yang menyangka kera yang menceroboh kebun getah dan dusun di Mempateh Lanchang di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 57 tahun itu sedang memanjat pokok jeting dalam kebun…