Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2020

Tidak Dibenarkan Balik Kampung Sambut Ramadan

M Update, 16/4/2020 – Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini. “Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan…

Kerajaan Tak Benarkan Bazar Ramadan Pandu Lalu

M Update, 16/4/2020 – Kerajaan hari ini tidak membenarkan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai…

Remaja Lelaki ‘Hantar’ Mayat Teman Wanita Didakwa Langgar PKP

M Update, 16/4/2020 – Pelajar tingkatan lima yang ‘menghantar’ pulang mayat kekasihnya selepas terlibat dengan kemalangan motosikal Ahad lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tertuduh yang beralamat di Felda Keratong 5 di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di…

Dr Noor Hisham Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Bagi COVID-19

M Update, 16/4/2020 -Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID-19 bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand. Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan…

Penggunaan ‘Terowong Nyah Cemar’ Tidak Digalakkan

M Update, 16/4/2020 – Penggunaan ‘disinfection box’, ‘chamber’, ‘tunnel’, ‘booth’, ‘partition’, atau ‘gate’ sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia tidak digalakkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hasil penilaian mendapati tiada bukti menunjukkan peralatan berkenaan berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19. Selain itu, katanya, bahan kimia…

Terus Patuhi PKP Walaupun Jangkitan Menurun Kepada Dua Angka

M Update, 16/4/2020 – Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 mula menampakkan hasil positif. Semalam, “Jeneral Perang” – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu…

UPSR, PT3 Tahun Ini Dibatalkan – KPM

M Update, 15/4/2020 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3. “Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan…

Sambung Atau Tidak PKP, Bergantung Nasihat KKM

M Update, 15/4/2020 – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung atau tidak hingga Jun ini, bergantung kepada nasihat diberikan Kementerian Kesihatan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, masih ada baki tiga peratus kumpulan yang ingkar dengan arahan itu. “Malah, semalam memang ada…

13 Akademi Penjara Jadi Pusat Tahanan Pesalah PKP

M Update, 15/4/2020 – Kerajaan sudah mewartakan 13 akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baharu kepada pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat tahanan baharu itu akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) penjara. “Walaupun ia di pusat akademi penjara, peraturan dan…

Muar Kini Diisytihar Zon Merah

M Update, 15/4/2020 – Muar menjadi daerah terbaharu diisytihar zon merah selepas merekodkan 44 kes positif Covid-19. Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah dalam negara mencecah 27 kawasan setakat semalam. Berdasarkan info grafik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hampir keseluruhan kawasan zon merah sedia ada…