Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2021

Gangguan Air Beberapa Kawasan Di PJ, Shah Alam & Klang Alami Pada 12 Jan

M Update, 07/01/2021 – Beberapa kawasan di Petaling Jaya, Shah Alam dan  Klang akan  mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai Selasa (12 Jan) depan. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut berlaku susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam,…

Tiada Pelepasan Air Dari Empangan Cameron Highlands – TNB

M Update, 07/01/2021 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya tidak terus berkongsi hantaran di media sosial pihak tidak bertanggungjawab, yang mendakwa, berlaku pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands dan Empangan Susu, Ulu Jelai hingga menyebabkan kejadian banjir besar. Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul…

Remaja Maut Ketika Harung Banjir

M Update, 07/01/2021 – Seorang remaja lelaki maut ketika mengharungi banjir berdekatan dengan pekan Rantau Panjang, Pasir Mas, kira-kira pukul 8 malam semalam. Difahamkan, remaja berusia 19 tahun itu maut selepas terjatuh, ketika sedang mengharungi air untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan bersama seorang lagi rakannya. Ketua Polis Daerah…

Keadaan Banjir Di Pahang, Kelantan, Terengganu & Perak Bertambah Buruk

M Update, 07/01/2021 – Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk pagi ini berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat. Bagaimanapun, keadaan banjir di Johor dan Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan di PPS. Di Pahang jumlah mangsa banjir terus meningkat…

KKM Kaji Strategi Baharu Tangani Wabak COVID-19

M Update, 07/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang meningkat secara konsisten setiap hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon…

Amaran Cuaca Buruk & Waspada Di Empat Negeri

M Update, 07/01/2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor. Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada…

Maybank IB Research Jangka Jumlah Jualan TIV 2021 Meningkat Kepada 600,000 Unit

M Update, 06/01/2021 – Maybank IB Research menjangka jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) tahun ini meningkat hampir kepada 600,000 unit, atau purata 50,000 unit sebulan, didorong kesan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) enam bulan dan pelancaran model baharu. Ia menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan dasar pengecualian SST sehingga Jun…

Tanah Runtuh, Jalan Kenyir-Felda Aring Ditutup

M Update, 06/01/2021 – Tanah runtuh sepanjang 100 meter menyebabkan Jalan Kenyir-Felda Aring, di sini ditutup kepada semua kenderaan sejak tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hujan lebat sejak semalam selain aliran air yang deras menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh. Beliau…

COVID-19: Tiada Acara Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

M Update, 06/01/2021 – Tiada sebarang acara akan dilangsungkan bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-73 pada 14 Jan ini, berikutan situasi semasa negara yang masih berdepan pandemik COVID-19. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hanya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat akan dilangsungkan dengan mematuhi prosedur operasi…