Seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September 2021.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam jawapan disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini, memaklumkan jumlah itu adalah daripada 2,424,009 orang peminjam yang menamatkan pengajian dan patut mula membayar balik pinjaman masing-masing yang berjumlah hampir RM24.6 bilion.
Daripada jumlah itu seramai 1,884,725 orang peminjam telah membuat bayaran balik dengan 751,216 peminjam sudah menyelesaikan pinjaman.
Seramai 427,861 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual bayaran balik, manakala 705,648 peminjam membuat bayaran balik namun secara tidak konsisten.
Sumber : Bernama