M Update, 10/04/2023 – Kecoh dua tiga hari kebelakangan ini berkenaan tarikh 1 Syawal atau Hari Raya dikatakan awal sehari. Ini berikutan Indonesia mengumumkan mereka menyambut 1 Syawal pada 21 April 2023. Jadinya, semua rakyat Malaysia pun heboh mengatakan Malaysia bakal sambut Hari Raya awal sehari juga.
Sehubungan dengan itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.
Beliau juga berharap agar masyarakat di negara ini jangan mudah percaya apa-apa sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh 1 Syawal tersebut.
Katanya lagi, pengumuman negara kita hanya terpakai yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja…jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp… kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu…
Apa yang paling penting ialah rujuk dari sumber yang rasmi dan sahih. Sekiranya kita tak pasti, jangan kongsi. Jangan mudah percaya semua benda dari media sosial.