M Update, 30/05/2023 – Semalam, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.
Menurut Perdana Menteri lagi, Muhammad Sanusi Muhammad Sanusi faham mengenai perlembagaan dan seharusnya terikat dengan aspek perundangan.
“Kadang-kadang bila seorang pemimpin berucap dia kena faham perlembagaan, dia kena faham perjanjian. Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas.
“Nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain tetapi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir wajar terikat dengan perundangan menurut Anwar lagi kepada media hari ini.
Setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut.