M Update, 21/02/2024 – Pagi ini kita dikejutkan dengan berita duka, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara. Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
Pemergiannya Allahyarham pastinya amat dirasai segenap lapisan rakyat Sarawak yang menikmati pembangunan yang dibawanya menerusi dasar politik pembangunan.
Allahyarham membawa perubahan besar kepada Sarawak sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan kerajaan Sarawak pada 1981.
Dasar politik pembangunan yang digerakkan Allahyarham selama 32 tahun menerajui kerajaan Sarawak itu menjadi jenama tersohor mengubah landskap negeri itu.
Kini dasar yang membawa kepada kestabilan politik diteruskan untuk melonjakkan ekonomi Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.