Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Jambatan Bailey Di Jalan Kuantan-Segamat Rosak - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Jambatan Bailey Di Jalan Kuantan-Segamat Rosak

M Update, 15/04/2024 – Jumlah kenderaan berat yang tinggi terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan Bailey di Seksyen 102, Laluan Persekutuan 12 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang. Terbaru, plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju telah rosak.

Jambatan Bailey itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari 2024 lepas, bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir pada awal Januari yang lalu.

Disebabkan aliran trafik semasa yang tinggi, kerja pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim perayaan berikutan pembaikan jambatan Bailey akan melibatkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi tersebut – Jabatan Kerja Raya (JKR).

JKR Negeri Pahang telah memasang lampu solar di sekitar laluan yang dikenal pasti sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Kerajaan telahpun meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh pada awal Januari lepas.

Semua pengguna di laluan tersebut dimohon bersabar, berhati-hati serta mematuhi had laju yang ditetapkan. JKR juga memohon semua pengguna jalan raya terutamanya kenderaan berat agar mematuhi had muatan ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan bersama.