
M Update, 24/04/2024 – Rentetan peristiwa menyayat hati seluruh rakyat Malaysia yang meragut nyawa 10 anggota TLDM dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM semalam, sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang sepatutnya dijadualkan pada Jumaat ini dibatalkan.
Sambutan itu akan digantikan dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil doa selamat yang akan diadakan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut sebelum Solat Jumaat.