Dalam banyak-banyak Menteri, penulis rasa ada seorang Menteri ni yang agak low profile tapi performance dan track recordnya sebenarnya tip top. Kadang-kadang rasa macam sumbangan beliau yang amat besar pada negara tidak didendangkan atau diberi recognition yang sepatutnya. Nama Malaysia telah berjaya beliau pulihkan dengan kaedah diplomasi sehingga hubungan dengan negara luar yang dahulu dingin kini kembali bertaut malah dengan erat lagi. Siapa lagi yang penulis maksudkan kalau bukan H20 ataupun Hishamuddin Hussein, Menteri Luar Malaysia kita.
Dari segi merepair image negara ini, dari tahun lepas lagi kita dah nampak usaha H20 yang telah mengukuhkan kembali jaringan diplomasi kita dengan negara China dan sehingga kita menjadi antara negara pilihan untuk penghantaran bantuan dari segi kepakaran, perubatan, alatan perubatan dan juga pelitup muka serta sarung tangan. Bayangkan baru sahaja beberapa bulan menjadi Menteri, H20 terus menjalankan tanggungjawab mengharung pandemik Covid dan norma baharu tanpa mengira masa.
Baru-baru ini, hasil rundingan H20 dengan beberapa negara luar, Malaysia telah berjaya untuk mendapatkan pengagihan peralatan perubatan dan juga vaksin yang akhirnya dapat menguntungkan rakyat negara ini. Menurut Bernama, Brunei yang telah berjaya memutuskan rangkaian Covid di negara itu telah menyumbangkan alat bantuan pernafasan dan juga kit ujian Covid jenis PCR bernilai kira-kira RM1.7 juta kepada Malaysia pada 30 Jun 2021 lepas. Alatan ini akan ditempatkan di hospital kerajaan di Labuan bermula Julai 2021. H20 melalui panggilan telefon dengan Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Awang Erywan telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan kerajaan Brunei atas keprihatinan Baginda dengan negara kita lantas mengulangi komitmen Malaysia bersama-sama Brunei.
Bukan itu sahaja, pada 1 Julai pula, negara kita telah menerima sejumlah vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun yang telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabansa KL (KLIA) disambut oleh H20 sendiri bersama-sama dengan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka. Awani melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Jepun atas sumbangan satu juta dos vaksin AstraZeneca bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Istana Negara menerusi hantaran di laman Facebook rasmi menyatakan Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin itu. Pada 3 Julai pula media melaporkan kerajaan China dan Amerika Syarikat akan turut menghantar vaksin kepada negara dalam masa terdekat ini. Lega betul dengar berita-berita macam ni kan?
Oleh yang demikian, Malaysia sebenarnya bertuah kerana amalan diplomasi dan rundingan kita yang mekar sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi diperturunkan kepada para pemimpin kita sehingga menguntungkan negara. Kita dah berjaya buktikan bahawa tanpa menggunakan kekerasan, negara masih mampu untuk gain trust dan kepercayaan negara luar untuk mengukuhkan perhubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa supaya ekonomi Malaysia terus subur serta mekar.
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update