Seramai 22,332,571 individu atau 95.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22,882,504 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.
Bagi populasi remaja pula, 81 peratus atau 2,549,437 individu telah lengkap divaksinasi, manakala 87.2 peratus atau 2,743,176 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 121,232 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 25,439 suntikan dos lengkap, 6,707 menerima dos pertama dan 89,086 pula mendapat suntikan dos penggalak.