M Update, 19/03/2024 – Bermula tahun ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA bagi semua mata pelajaran murid di sekolah ditukar dalam bentuk peratus dan gred.
Penggunaan skor setiap mata pelajaran bagi UASA dalam bentuk tahap penguasaan (TP) 1 hingga 6 dimansuhkan.
Langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek