M Update, 30/09/2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau kemungkinan kakitangan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpengaruh dengan ajaran dan doktrin diperjuangkan GISB Holdings (GISBH).
Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, setakat ini, kementerian itu tidak menerima sebarang maklumat berkaitan pembabitan organisasi terbabit.
Katanya, setiap minggu pada Mesyuarat Kabinet, perkara itu akan dibentangkan dan tiada maklumat yang diterima mengenai pembabitan kakitangan IPT atau pelajar dengan GISBH setakat ini. Jika ada maklumat pihak KPT ambil tindakan bersama.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, kementerian itu akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis jika terdapat pensyarah atau pelajar IPT terbabit dengan ajaran dalam GISB Holdings.
Katanya, langkah itu untuk memastikan IPT bebas daripada sebarang bentuk dakyah dibawa GISBH.