M Update, 5/3/2019 – Kira-kira 0.81 hektar hutan di Jalan Ladang Hong Seng, Tanjung Bungah dekat sini, terbakar sejak tengah malam tadi. Kebakaran membabitkan hutan di atas bukit dengan ketinggian 20 meter dan kecerunan 65 darjah, selain tiada akses untuk laluan kenderaan serta anggota perlu mendaki bagi kerja pemadaman.
Kawasan pemadaman dibahagikan kepada tiga sektor dan kebakaran di Sektor 3 sudah berjaya dikawal pada jam 11.45 malam tadi,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar, berkata usaha memadam kebakaran masih dilakukan dengan keseluruhan kawasan berkenaan dibahagikan kepada tiga sektor.
Beliau berkata, sehingga kini kerja pengawalan dan pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan membabitkan 11 anggota JBPM Pulau Pinang dan anggota bomba sukarela. Tindakan pemadaman dengan membuat ‘fire brake’ bagi menyekat api merebak, selain menggunakan ‘Jetshooter’ dan ‘Fire Beater’.
Ketika ini, keseluruhan kawasan terkawal dan hanya sebatang pokok besar masih terbakar yang dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula,” katanya.
Sumber : BH Online