Input your search keywords and press Enter.

Admin

4725 Articles0 Comments

Dr Mahathir Tiba Di Baku Untuk Sidang Kemuncak NAM Ke-18

M Update, 25/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di ibu negara Azerbaijan, malam tadi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-18. Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev pada jam 7.15 malam waktu tempatan (empat jam lewat waktu Malaysia). Ketibaan Dr Mahathir…

Ingkar Arahan Mahkamah : Harta Suami Dibekukan

M Update, 24/10/2019 – Jabatan Kehakiman SyariahMalaysia (JKSM) dalam rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta…

Bapa Sujud Syukur Kematian Anak Terbela

M Update, 24/10/2019 – Tangisan dan suasana penuh emosi dirasai ahli keluarga mangsa bunuh selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini , menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tiga tertuduh yang didapati bersalah melakukan jenayah berkenaan. Ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik mangsa, Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar,…

ATM : Komando Akan Terus Guna Peluru Hidup Dalam Latihan

M Update, 24/10/2019 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menggunakan peluru hidup dalam latihan dan demonstrasi membabitkan anggota komando, tetapi prosedur operasi standard (SOP) akan diperbaiki. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, latihan menggunakan peluru hidup perlu diteruskan untuk mengekal dan meningkatkan kompetensi pasukan bersenjata itu menghadapi operasi khusus terutama…

Pengharaman Komik Propaganda Atas Dasar Ketenteraman, Keselamatan Bukan Sentimen

M Update, 24/10/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai asas kukuh mengharamkan komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kerana boleh memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam. Justeru, keputusan KDN mewartakan larangan terhadap komik berkenaan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bukan berdasarkan kepada sentimen atau politik. Menteri Dalam Negeri,…

Kes Bunuh : Lelaki Singapura Didakwa

M Update, Lelaki warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini, atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu. Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret…

KDN : Larangan Tanam Ketum Secara Komersial Kekal

M Update, 24/10/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial dan terbuka di negara ini walaupun wujud percanggahan pendapat mengenainya. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, larangan berkenaan kekal selagi tiada kajian dan akta spesifik untuk kerajaan menyelaraskan dan mengawal selia tanaman itu.…

Dr Mahathir Sertai Sidang Kemuncak NAM

M Update, 24/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka berkongsi pandangan mengenai kepentingan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) berdiri teguh dalam bekerjasama menangani cabaran dunia globalisasi apabila menyertai pemimpin-pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak NAM ke-18. Perdana Menteri juga dijangka menegaskan pentingnya pergerakan itu berpegang kepada dasar berkecuali serta menghormati prinsip asas…

PLUS : Semua Lorong Tambah Nilai Ditutup Mulai Hari Ini Hingga 29 Oktober

M Update, 24/10/2019 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol bermula esok sehingga 29 Oktober bagi melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan Deepavali yang akan disambut Ahad ini. Menurut kenyataan PLUS semalam, penutupan lorong tambah nilai seperti mana dilaksanakan pada setiap musim perayaan…

Wajib Guna Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Januari 2020

M Update, 24/10/2019 – Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan…