Input your search keywords and press Enter.

Admin

4487 Articles0 Comments

Johor mahu henti beli air terawat Singapura

M Update, 2/3/2019 – Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan bahawa ia mempunyai rancangan untuk merawat bekalan air domestik sendiri dan mungkin tidak lagi bergantung kepada Singapura untuk membekalkan air terawat ke negeri selatan pada masa akan datang. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, perancangan berhubung perkara tersebut akan dimuktamadkan…

Perhimpunan Aman Bantah Nabi di Masjid Negara

M Update, 1/3/2019 – Kira-kira 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Negara, di sini, bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Nabi Muhamad SAW. Perhimpunan Aman ini juga turut diadakan di seluruh negara. Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan selepas…

Inkues Adib tangguh lagi?

M Update, 1/3/2019 – Mahkamah Koroner hari ini menangguhkan prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November 2018, kepada 19 Mac depan. Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas Pegawai Pengendali Kes,…

Kota Belud dilanda bencana alam kemarau

M Update, 1/3/32019 Berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan lebih dua minggu lalu, Pejabat Daerah Kota Belud semalam, mengisytiharkan bencana alam kemarau di daerah berkenaan. Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, sebuah kampung turut terjejas iaitu Kampung Puhus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang bergantung sepenuhnya kepada…

Tafsir al-Quran dalam e-Braille, Mandarin

M Update, 1/3/2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan kerjasama bagi memasukkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e-Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagi memahami dan menguasai al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid…

Vaksin diwajibkan!

M Update, 1/3/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sememangnya mengesyorkan kepada ibu bapa supaya memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kerana ia adalah langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit. Namun, Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, masih ada ibu bapa…

Juruterbang India dibebaskan hari ini

M Update, 1/3/2019 – Pihak berkuasa Pakistan masih belum mengumumkan bila atau di mana Komander Sayap Abhinandan Varthaman, yang menjadi wajah krisis antara Islamabad dan New Delhi, akan diserahkan kepada pegawai India. Pakistan akan membebaskan juruterbang India yang berjaya ditangkap hari ini, sebagai tanda damai, bertujuan mengendurkan ketegangan dengan negara…

Sekolah diminta tangguh aktiviti luar kelas

M Update, 1/3/2019 – Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan fenomena cuaca panas itu dijangka akan berlanjutan sehingga akhir Mac ini. Pihak pengurusan sekolah diminta menangguhkan program luar kelas susulan cuaca panas dan kering yang berterusan di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee…

Pergaduhan punca insiden tren meletup di Mesir

M Update, 1/3/2019 – Pergaduhan di antara dua konduktor kereta api dipercayai punca sebuah lokomotif menghentam penghadang dan meletup di stesen kereta api utama Mesir di sini. Dalam insiden pada Rabu itu, konduktor lokomotif berkenaan didakwa meninggalkan tren untuk bergaduh dengan konduktor sebuah tren yang menghalang laluannya, menurut laporan Time.com.…