Input your search keywords and press Enter.

Shabita Kamil

737 Articles0 Comments

Anjing penyelamat Mexico, Frida sudah bersara

M Update, 26/06/2019 – Anjing penyelamat jenis labrador, Frida yang membantu mengesan mangsa ketika gempa bumi di Mexico pada 19 September 2017, dilaporkan bersara mulai semalam. Frida mula terkenal selepas menunjukkan kehebatannya mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan ketika tragedi itu. Majlis persaraan anjing berusia 10 tahun itu, berlangsung…

Selebriti YouTube, Desmond Amofah, ditemui mati

M Update, 26/06/2019 – Selebriti YouTube Amerika Syarikat, Desmond Amofah, yang lebih dikenali sebagai ‘Etika’ ditemui mati di sini, iaitu seminggu selepas beliau dilaporkan hilang. Amofah, 29, meraih populariti menerusi laman video permainan dan kritikan terhadap permainan Nintendo. Sehari sebelum dilaporkan hilang, beliau mengejutkan peminatnya apabila memuat naik video selama…

San Francisco larang jualan e-rokok

M Update, 26/06/2019 – San Francisco menjadi bandar utama pertama di Amerika Syarikat yang melaksanakan larangan menjual dan mengeluarkan rokok elektronik (e-rokok). Semalam, badan perundangan bandar raya itu, sebulat suara meluluskan ordinan yang dianggap penyokongnya sebagai amat perlu. Ia susulan masalah kesihatan awam yang semakin ketara, akibat peningkatan pengambilan vape…

China minta Kanada gantung eksport daging

M Update, 26/06/2019 –  China meminta Kanada untuk menggantung eksport semua daging selepas negara itu mengesan sijil kesihatan veterinar palsu ditampal pada kotak daging babi. Susulan penemuan itu, polis Kanada dilaporkan sedang menjalankan siasatan jenayah terhadap kejadian itu. Kedutaan China di sini, berkata kastam menjalankan siasatan selepas menemui kesan bahan…

Britain gantung eksport gas pemedih mata, peluru getah ke Hong Kong

M Update, 26/06/2019 – Britain mendesak Hong Kong untuk menubuhkan satu badan bebas, bagi menyiasat insiden pertempuran antara pihak polis dan penunjuk perasaan. Pada masa sama, Britain turut menggantung lesen eksport peralatan bagi mengawal sekumpulan orang ramai. “Kami sentiasa memantau perkembangan situasi di Hong Kong. “Malah, saya menggesa Kerajaan Hong…

Angkasawan Russia, AS tiba di bumi

M Update, 26/06/2019 – Kru angkasawan pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) susulan kemalangan pelancaran yang meningkatkan keraguan berhubung program angkasa lepas Russia, tiba di bumi pagi ini. Angkasawan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA), Anne McClain; angkasawan veteran Russia, Oleg Kononenko dan pemegang rekod Agensi Angkasa…

Warga Palestin boikot isu pelan damai AS

M Update, 26/06/2019 – Ribuan warga Palestin keluar membuat bantahan secara besar-besaran untuk memboikot pelan damai Asia Barat oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang bermula di Bahrain, hari ini. Warga di Syria dan Lubnan turut dilaporkan menyertai bantahan di negara masing-masing sambil mempersendakan muslihat Washington. Bengkel dua hari itu difahamkan bertujuan…

Juruterbang Australia terlelap, pesawat terlajak 78km

M Update, 26/06/2019 – Seorang juruterbang yang terlelap dan terlepas lapangan terbang sejauh 78 kilometer didapati tidak tidur selama 24 jam, menurut satu siasatan. “Juruterbang pesawat dari Tasmania ke King Island, Australia itu mengalami tahap kepenatan akut, ketika tertidur dalam penerbangan kargo awal pagi,” menurut pengarah eksekutif keselamatan pengangkutan ATSB,…

MPU gesa kerajaan haramkan PUBG di seluruh Indonesia

M Update, 25/06/2019 – Selepas mengeluarkan fatwa terhadap permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Majlis Ulama Aceh (MPU) menggesa kerajaan pusat mengharamkan permainan atas talian ganas itu di seluruh negara. Mendakwa ia mencetuskan tindak-tanduk agresif dan ketagihan, pengerusi MPU, Muslim Ibrahim, berkata majlis berkenaan berharap kerajaan pusat akan menyekat semua laman web…

‘Lelaki Pokok’ rayu potong tangan

M Update, 25/06/2019 –  Seorang warga Bangladesh dikenali sebagai ‘Lelaki Pokok’ disebabkan ketumbuhan pada tubuhnya mahu kedua-dua tangannya dipotong kerana tidak mampu lagi menanggung kesakitan. Abul Bajandar, 28, sudah menjalani 25 pembedahan sejak 2016 untuk membuang ketumbuhan pada tangan dan kakinya disebabkan sindrom jarang berlaku. Doktor percaya mereka berjaya menyembuhkan…