Input your search keywords and press Enter.

Rizab antarabangsa BNM meningkat.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 31 Disember 2018 yang berjumlah AS$101.4 bilion (RM419.24 bilion) meningkat kepada AS$101.7 bilion (RM420.48 bilion) pada 15 Januari 2019 yang lalu. Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek. “Komponen utama…

Cubaan “Rampas” Pesawat

M-Update,22/1/2019, MOSCOW – Jawatankuasa Anti-Keganasan Rusia memberitahu, pesawat Aeroflot yang terbang dari Surgut di barat Siberia ke Moscow, ‘mengubah laluan atas permintaan salah seorang penumpang’. Pendaratan  cemas dilakukan di Siberia hari ini selepas seorang penumpang meminta juruterbang mengubah laluan, jelas pihak berkuasa. “Juruterbang memutuskan untuk mendarat di Khanty Mansiysk, bandar…

Hafizh Syahrin duta Op Selamat KL

M Update 22/1/2019 – POLIS Kuala Lumpur melaksanakan pendekatan baharu bagi mendidik pengguna jalan raya dengan melantik Hafizh Syahrin Abdullah sebagai duta untuk kempen keselamatan motosikal bagi Op Selamat 14 sempena Tahun Baharu Cina 2019. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohamad Mazlan Lazim berkata, pelantikan pelumba MotoGP terbabit dilakukan…

Derma masjid guna TnG e-dompet

M Update 22/1/2019 – TOUCH and Go (TnG) Digital Sdn Bhd akan menjalin usaha sama dengan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma menggunakan TnG e-dompet. Ketua Pegawai Eksekutif TnG Digital Syahrunizam Samsudin berkata, jemaah masjid kini boleh menghulurkan sumbangan serta derma dengan…

Pesawat dinaiki pemain Cardiff hilang

M-Update 22/1/2019 LONDON: Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, malam tadi. Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff. Wartawan Ouest France yang memuat naik…

Faktor Kejayaan Jepun Menakluki Tanah Melayu

Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun…

Kereta Hancur Dilanggar Kereta Api

M Update, 22/1/2019 – Sebuah kereta api ekspres dari Bangkok ke Yala melanggar sebuah pacuan empat roda menyebabkan seorang wanita dan anak lelaki 10 tahun maut. Difahamkan wanita berusia 34 tahun itu sedang dalam perjalanan menghantar anak lelakinya itu ke sekolah di daerah Tambon Khanthulee, Tha Chana pada pagi Selasa.…

Tengku Ampuan Pahang – Tunku Azizah Aminah Maimunah

M Update, 22/1/2019 – Pada 29 Januari 2019 ini bakal diadakan istiadat khas pemasyuran Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Tengku Ampuan Pahang, di Istana Abu Bakar selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Al-Sultan Abdullah…