Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Boeing Laksana Ujian Akhir Guna Perisian Diperbaharui

M Update, 18/04/2019 – Boeing sudah menjalankan ujian penerbangan terakhir menggunakan sistem anti-pegun yang diperbaharui ke atas model 737 MAX menjelang pensijilannya oleh pihak berkuasa penerbangan, kata pengeluar pesawat udara itu hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Dennis Muilenberg sempat memuat naik video di twitter mengesahkan penerbangan ujian itu dijalankan Selasa…

Pelan Pemindahan Kontigensi Selamat Khazanah Notre-Dame

M Update, 18/04/2019 – Dianggarkan 90 peratus daripada relik berharga dan karya seni yang tersimpan di gereja besar Notre-Dame de Paris berjaya diselamatkan daripada kebakaran Isnin lalu berikutan pelan pemindahan kontigensi yang berkesan, kata seorang penilai insuran semalam. Penilai insuran, Michel Honor, yang juga pengarah seni halus di Sedgwick diberi…

Pelancong Malaysia Cedera Gempa Bumi 6.1 Landa Taiwan

M Update, 18/04/2019 –  Dua lelaki termasuk seorang pelancong Malaysia cedera ditimpa runtuhan batu dalam gempa bumi berukuran magnitud 6.1 yang melanda Taiwan hari ini. Gegaran itu menyebabkan beberapa bangunan pencakar langit bergoyang selain menjejaskan lalu lintas. Di ibu negara ini, bangunan pencakar langit bergoyang menyebabkan murid sekolah panik dan…

Kawalan Keselamatan Ketat Di Kashmir

M Update, 18/04/2019 – Pengundi membuang undi di wilayah Kashmir bergolak ditadbir India hari ini, di mana pihak berkuasa mengerah puluhan ribu anggota keselamatan ketika pusingan kedua pilihan raya mega negara itu bermula. Tentera, separa tentera dan polis membanjiri bandar utama rantau itu, Srinagar, satu daripada 95 kawasan di seluruh…

14 Penumpang Bas Maut Ditembak Pengganas Di Pakistan

M Update, 18/04/2019 – Beberapa lelaki bersenjata membunuh 14 orang selepas menawan sebuah bas penumpang di barat daya Pakistan, kata media tempatan hari ini. Empat saluran TV tempatan berkata bas penumpang dari Karachi ke Gawadar itu hilang sejak awal pagi tadi dari lebuh raya yang menghubungkan kedua-dua bandar itu. Difahamkan…

Pelajar Bakar Hutan Didenda RM125 juta

M Update, 18/04/2019 – Media Itali yang memetik pendakwa raya melaporkan, dua pelajar berusia 22 tahun itu menyangkal tuduhan berkenaan. Dua pelajar Itali diarah membayar denda sebanyak 27 juta euro (RM125.9 juta), selepas didapati bersalah menyebabkan kebakaran hutan. Mereka dikatakan menyalakan api untuk aktiviti barbeku bersama sekumpulan rakan di Tasik…

KPU Rancang Undian Semula Di Malaysia, Lanjutkan Pengundian Di Sydney

M Update, 17/04/2019 – Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia mengumumkan, ia akan menjadualkan pengundian semula di Kuala Lumpur dan melanjutkan pemilihan luar negara di Sydney, Australia. Penemuan kertas undi bertanda di Selangor, menjurus dakwaan penipuan undi dan sejumlah besar kehadiran pengundi luar negara di sebuah stesen pengundian di Sydney, Australia…

Jokowi Selesa Mendahului Dengan Lebih 55 Peratus Undi

M Update, 17/04/2019 – Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo mendahului dengan 13 peratus mata dalam pilihan raya untuk mengetuai negara ketiga terbesar demokrasi dunia, berdasarkan 51 peratus undian dikira, menurut kiraan awal tidak rasmi oleh peninjau, CSIS. Jokowi bertanding menentang pencabarnya, bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto selepas kempen enam bulan…

Colorado Ambil Langkah Berjaga-jaga Susulan Ancaman Wanita Bersenjata

M Update, 17/04/2019 –  Hampir dua dekad selepas tragedi pembunuhan di Sekolah Tinggi Columbine, kerajaan negeri Colorado kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima ancaman dari seorang wanita yang disifatkan polis sebagai bersenjata dan sangat berbahaya. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan polis tempatan mengesahkan identiti wanita terbabit sebagai Sol Pais, 18…