Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Maut Selepas Terkena Renjatan Elektrik

M Update, 08/08/2019 – Seorang remaja maut apabila terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik selepas memanjat sebuah pencawang elektrik semata-mata untuk merakam gambar selfie. Mirror Online melaporkan, Nikolay Kompaniets, 16, dilaporkan memanjat satu pencawang setinggi 30 meter tanpa sebarang alatan keselamatan dan aksi itu dirakamkan oleh seorang rakannya. Bagaimanapun, ketika hampir…

Akibat Tersalah Dail

M Update, 08/08/2019 – Seorang lelaki berusia 73 tahun ditahan selepas tersilap menghubungi 911 untuk mendapatkan maklumat. Warga tua yang tinggal di Chebogue, Nova Scotia dilaporkan mahu membuat panggilan ke 411 dan memberitahu operator bahawa dia tersalah dail tetapi polis pergi ke kediamannya untuk membuat pemeriksaan. Ketika itulah, polis menemui…

Dr M : Malaysia Mahu Universiti Jepun Ditubuhkan

M Update, 8/8/2019 – Sambil menyatakan Jepun adalah model yang betul, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di Fukuoka pada Khamis berkata ada keperluan bagi penubuhan universiti-universiti Jepun di Malaysia untuk rakyat Malaysia mempelajari nilai-nilai orang Jepun. “Rakyat Malaysia boleh belajar nilai-nilai orang Jepun tanpa pergi ke…

Ciuman Maut

M Update, 08/08/2019 – Keghairan satu pasangan kekasih bercumbu di atas jambatan membawa maut apabila mereka tergelincir dan terhempas di jalan raya dari ketinggian kira-kira 25 meter Mail Online melaporkan, Maybeth Espinoz dan Hector Vidal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhibur di sebuah kelab malam di Cusco pada Sabtu…

Bubble Tea Membawa Maut

M Update, 08/08/2019 – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di China meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kerana mengambil makanan manis setiap hari termasuk minuman teh bubble. Memetik tribunnews.com, bapa kanak-kanak perempuan itu menyesal kerana sering membiarkan anaknya makan manis sejak usia dua tahun. Lelaki yang bekerja sebagai pembuat kuih…

Mati Bunuh Diri

M Update, 07/08/2019 – Penyeludup dadah yang menjadi perhatian media kerana gagal melarikan diri selepas menyamar sebagai anak perempuannya, ditemui mati dalam sel penjaranya di Rio de Janeiro, Brazil hari ini. AFP melaporkan, Clauvino da Silva, 42, yang mempunyai nama panggilan ‘Shorty’ atau ‘Bajito’ ditemui mati tiga hari selepas cubaannya…

Halau Singa Nyanyi Lagu Metallica

M Update, 07/08/2019 –  Seorang wanita yang melakukan aktiviti berjalan kaki dalam hutan di British Columbia, Kanada, berjaya menghalau singa gunung yang dikhuatiri mengancamnya dengan memainkan lagu kumpulan rock Metallica selepas terserampak dengan haiwan itu. CNN melaporkan, Dee Gallant, 45, berjalan bersama anjingnya di pinggir Lembah Cowichan minggu lalu, apabila…

Dr Mahathir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari Universiti Antarabangsa Jepun

M Update, 7/8/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun. Dr Mahathir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah…

Tersilap Khatan Terima Pampasan RM102,222

M Update, 07/08/2019 – Seorang lelaki menerima pampasan £20,000 (RM102,222) selepas doktor tersilap mengkhatankannya ketika melakukan prosedur masalah pundi kencing di sebuah hospital di England. Terry Brazier, 70, dijadual menjalani prosedur memasukkan kamera bagi menilai keadaan pundi kencingnya sebelum disuntik botox pada dinding pundi tetapi kakitangan Hospital Leicester Royal Infirmary…