M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat…
M Update, 13/01/2021 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018…
M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun…
M Update, 06/01/2021 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas. Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta…
M Update, 31/12/2020 – Kerajaan Sarawak mengambil serius isu daging seludup di negara ini dan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menyekat kemasukannya ke negeri ini, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak mengambil berat dan menyokong apa…
M Update, 30/12/2020 – Polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed. Beliau berkata ia berdasarkan jumlah dan nilai rampasan serta sitaan yang terlibat sebelum ini. “Siasatan berhubung kegiatan itu…
M Update, 30/12/2020 – Rakyat Sabah tidak perlu bimbang status daging import kerana negeri itu mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat mengenai import, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu berkata Sabah tidak membenarkan daging mentah dibawa masuk ke negeri itu dari Semenanjung dan Sabah juga mempunyai kuasa untuk mengawal…
M Update, 29/12/2020 – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan keyakinan isu kartel daging import seludup dan diragui statusnya dapat ditangani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan baik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau berharap masyarakat dapat memberikan sokongan. Katanya, dengan…
M Update, 28/12/2020 – Isu penyeludupan daging yang hangat diperkatakan sekarang adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. Beliau berkata, peranan pasukan Jakim adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara, mematuhi hukum syarak…
M Update, 22/12/2020 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menasihati umat Islam di negara ini agar tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu murtad hanya berdasarkan khabar angin. Merujuk kepada isu perkahwinan seorang wanita Malaysia yang beragama Islam dengan kapten pasukan hoki India, Zulkifli…