Dalam Islam, ilmu adalah sesuatu yang wajib dituntut oleh setiap individu Muslim kerana ia adalah cahaya, penyuluh dan penyelamat. Dengan ilmu, hamba dapat hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhannya iaitu, hamba itu akan mengenali, membesarkan dan mengabdikan diri kepada Tuhannya. Ilmu dapat melahirkan insan bertakwa yang sentiasa cermat dan berhati-hati…
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Islam agama universal. Sentiasa mengajak umatnya berlemah lembut dan bermahabbah. Tiada permusuhan dan Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh terbaik. Malah Baginda Rasulullah SAW diletakkan sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia dan menduduki carta pertama sebagai manusia paling hebat. Memiliki akhlak yang cukup terpuji dan…
Dalam zaman media sosial yang serba moden ini, masyarakat kita berlumba-lumba berkongsi segala hal kehidupan mereka untuk tatapan umum. Ada baiknya, namun ada juga buruknya jika segala-galanya mahu dikongsi. Dalam hal melibatkan kisah peribadi, perkahwinan, perceraian dan sebagainya, tidak perlulah didedahkan kepada umum. Bila sebuah perkahwinan berakhir dengan perceraian, tentulah…
Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian syariat Islam adalah mempertikai hukum-hakam Islam, mengubah, menambah serta meringankan syariat dan pengamalan dalam Islam atau mendakwa wujudnya syariat yang baharu. Contohnya, ajaran Qadiani yang menghapuskan syariat hukum jihad atau ajaranajaran lain yang mendakwa bahawa solat, puasa atau ibadahibadah lain cukup hanya dengan niat. Contoh…
Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian As-Sunnah adalah mempertikai kedudukan hadis-hadis yang sepakat diterima oleh imam-imam hadis ASWJ iaitu Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At-Tirmidzi, Imam Ibnu Majah, Imam AnNasa’i dan lain-lain terutamanya hadis-hadis mutawatir dan sahih. Selain itu, pendirian menolak As-Sunnah atau Al-Hadis secara umum sebagai sumber…
Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian Al-Qur’an adalah mempertikai kebenaran Al-Qur’an, mengubah kedudukan dan struktur ayat-ayat Al-Qur’an, membuat pentafsiran menyeleweng tanpa merujuk tafsiran ulama-ulama muktabar ASWJ di samping mendakwa wujudnya kitab suci lain selain Al-Qur’an atau mendakwa bahawa Al-Qur’an yang sedia ada tidak lengkap atau mempunyai kekurangan. Contohnya, ajaran Syiah yang…
Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian Islam adalah dakwaan bahawa semua agama adalah sama atau mendakwa penyatuan semua agama termasuk Islam ke dalam satu agama baharu. Contohnya, ajaran PLURALISME yang mendakwa tiada satu pun agama tunggal dan eksklusif yang boleh disifatkan sebagai agama yang benar atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai…
Doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima sebagai kepercayaan seterusnya pengamalan. Doktrin ajaran sesat bermaksud beberapa prinsip atau kepercayaan yang menjadi asas kepercayaan seterusnya pengamalan kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Antara doktrin ajaran sesat secara umumnya adalah: Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam. Meyakini atau…
Ajaran sesat merupakan sebarang ajaran yang didukungi oleh orang Islam atau bukan Islam sedangkan ia bertentangan dengan Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak dan qias serta bercanggah dengan pegangan atau fatwa-fatwa ASWJ dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Antara fahaman moden yang sesat dari sudut kepercayaan atau akidah yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah…
Ajaran sesat adalah sebarang ajaran yang didukungi oleh orang Islam atau bukan Islam sedangkan ia bertentangan dengan Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak dan qias serta bercanggah dengan pegangan atau fatwa-fatwa ASWJ dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Antara fahaman yang sesat dari sudut kepercayaan atau akidah adalah fahaman-fahaman klasik dalam pemikiran Islam…